Beberapa gempa susulan dirasai di Pulau Maluku, Indonesia, selepas gempa bumi berukuran 7.2 pada skala richter, melanda wilayah berkenaan, semalam. Ratusan penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing. Gempa berkenaan telah mengakibatkan sekurang-kurangnya dua korban. Angka kematian juga dijangka meningkat memandangkan kesukaran pasukan penyelamat untuk tiba di lokasi kejadian yang terletak di kawasan pedalaman. Setakat ini juga, jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia, Agus Wibowo, menyatakan kira-kira dua ribu penduduk telah dipindahkan. Sekurang-kurangnya 58 kediaman, musnah. Angka sebenar kematian dan kerosakan akibat gempa masih belum diketahui. Setakat ini juga, pihak berkuasa masih tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini