Gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter menggegarkan Afghanistan. Sekurang-kurangnya 1,000 nyawa terkorban, setakat ini. Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan, bencana itu berlaku kira-kira 44 kilometer dari bandar Khost, berhampiran sempadan Pakistan.

Gambar oleh media Afghanistan menunjukkan runtuhan bangunan dan mayat ditutup dengan selimut di atas tanah. Angka korban dijangka meningkat selepas menerima maklumat dari perkampungan di pergunungan terpencil.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini