Satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 menggegarkan bahagian utara Peru.

Menurut Institut Geofizikal Peru (IGP) puluhan penduduk cedera dan memusnahkan infrastruktur di kawasan itu.

Gempa bumi itu berlaku pada pukul 5.52 pagi waktu tempatan pada kedalaman 131 kilometer dan 98 kilometer timur bandar Santa Maria de Nieva, wilayah Condorcanqui berhampiran sempadan Ecuador.

Menurut Institut Pertahanan Awam Peru, 12 penduduk cedera dengan lebih 1,000 orang terjejas.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Bekalan elektrik pula dilaporkan terputus di beberapa bandar di tiga wilayah utara.

Direktorat Hidrografi dan Navigasi Peru menyatakan tiada ancaman tsunami di kawasan pantai Peru.

Gegaran dapat dirasakan di beberapa bandar di Peru, Ecuador dan Colombia.

Presiden Peru, Pedro Castillo tiba di kawasan terjejas, membuat penilaian dan menghantar bantuan menyelamat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini