Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala richter melanda Qinghai, China, awal pagi tadi.

Ia berlaku pada jam 1.45 pagi waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer dan 140 kilometer utara-barat laut bandar Xining. 

Gempa susulan berukuran 5.1 pada skala Richter berlaku kira-kira 25 minit kemudian.

Pusat Rangkaian Gempa Bumi China meletakkan kekuatan pada 6.9.

Bagaimanapun, Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat menganggarkan kebarangkalian rendah bagi kematian serta kerosakan yang tinggi. 

Pada 2010, gempa bumi dengan kekuatan 6.9 pada skala Richter di Qinghai menyebabkan 3,000 orang maut atau hilang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini