Amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi kuat berukuran 7.4 skala ritcher melanda Timur Indonesia, pagi ini.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) berkata gempa  berlaku sekitar jam 10.20 pagi tadi waktu tempatan.

Pusat gempa dikesan sekitar 113 kilometer di barat laut Larantuka, sekitar 100 kilometer di utara bandar Maumere  pada kedalaman 10 kilometer di Laut Flores.

Gegaran pagi tadi mencetuskan panik dalam kalangan penduduk di Maumere.

Gempa dilapor turut dirasai di Makassar, Sulsel dan Maluku.

Dalam pada itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik memberitahu, gelombang bebahaya mungkin berlaku di pantai yang terletak di 100 kilometer dari pusat gempa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini