‘Geng Ashmer’ yang dipercayai terlibat beberapa kejadian ragut sekitar ibu negara berjaya ditumpaskan.

Polis mendapati modus operandi geng tersebut adalah dengan menyamar sebagai penghantar makanan Grab Food.

Beberapa barangan termasuk empat buah motosikal dan 36 utas rantai dipercayai emas, dirampas.

Kesemua barangan rampasan dianggar berjumlah RM55,000.

Rekod mendapati tiga daripada suspek memiliki pelbagai rekod jenayah lampau.

Menerusi tangkapan tersebut, polis berjaya menyelesaikan 20 kes kecurian ragut di sentul dan 10 kes di luar kawasan sentul.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini