14 individu termasuk dua wanita dan seorang warga Bangladesh
didakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown di Pulau Pinang atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah dikenali ‘Geng Chandra’. Mengikut kertas pertuduhan, kesemua suspek didakwa menjadi ahli kumpulan tersebut antara Januari 2016 hingga 12 Mac 2021 dan didakwa dibawah Seksyen 130V(1) Kanun Kesiksaan.

Tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang 5 tahun atau tidak kurang 20 tahun jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fakhrurazi Ahmad Salim, Saifuddin Rafaie dan Rohaiza Abdul Rahim manakala tujuh tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Ogos depan.

Pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim, Madi Abdul Hamid.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini