5 suspek termasuk ketua Geng Muruku yang aktif melakukan samun dan pecah rumah termasuk di tiga buah kuil sejak tiga bulan lalu berakhir selepas ditahan dalam dua serbuan berasingan.

Suspek berusia 18 hingga 30 tahun ditangkap pada Isnin antara pukul 12.15 tengah malam hingga 4.45 pagi di Banting dan Bandar Baru Klang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor@Saleh berkata, pihaknya menerima laporan  dua pekerja kuil Sri Sithuvinayagar Alayam di Telok Bunut, Banting cedera di kepala akibat dipukul menggunakan kayu oleh dua suspek.

Dengan penangkapan tersebut , polis berjaya menyelesaikan 20 kes pecah rumah di sekitar Banting, Kuala Selangor dan Klang.

Kesemua suspek yang merupakan penganggur kini direman enam hari mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini