Tiga lelaki warga tempatan yang dikenali sebagai Geng Sky diberkas disyaki terlibat kegiatan pecah rumah. Modus operandi mereka menyasarkan kediaman tidak berpenghuni, menekan loceng rumah pada pukul 11 pagi hingga 3 petang ketika penghuni keluar bekerja, seterusnya merompak rumah berkenaan.

Penahanan berjaya menyelesaikan lima kes pecah rumah di Petaling Jaya, Serdang dan Ampang pada 2021. Kesemua suspek kembali melakukan jenayah selepas selesai menjalani hukuman tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) pada Julai 2021.

Mereka direman selama tujuh hari sehingga 14 Januari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 dan 379A, Kanun Keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini