Polis berjaya menumpaskan kumpulan pecah tabika dan rumah, dikenali sebagai “Geng Tabika” selepas menahan empat lelaki termasuk seorang warga asing dalam serbuan Rabu lalu. Menurut Ketua Polis Daerah SPU, ACP Noorzainy Mohd Noor, kejayaan itu adalah hasil Ops Cantas sepasukan polis dari cawangan Pencegahan Jenayah IPD SPU pada 29 Mei lepas yang berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun di kawasan Bakar Kapor, Penaga. Hasil soal siasat terhadap suspek membawa kepada tiga lagi rakan suspek termasuk seorang lelaki warga Indonesia. Ketiga-tiga mereka bertindak sebagai pembeli barang curi. Polis turut merampas beberapa televisyen LCD pelbagai jenama, sebuah kereta jenis Proton Saga, radio jenama Panasonic, beg bimbit dan komputer riba dengan anggaran nilai rampasan melebih lima ribu ringgit. Kesemua suspek direman tujuh hari bermula 31 Mei dan akan dituduh di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini