Kira-kira 257 pengemar dan pengamal aktiviti sukan basikal lasak menyertai Geopark Enduro Challenge 2022 di Langkawi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), pelaksanaan acara pelancongan dan sukan merupakan salah satu strategi untuk mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama.  
 
Ia juga seiring dengan matlamat LADA untuk memajukan pulau legenda itu sebagai pusat pelancongan dan pulau bebas cukai.
 
Penganjuran turut mendapat kerjasama Kelab Basikal Lasak 99 Kuah Langkawi.  

Langkawi Geopark Enduro Challenge 2022 merupakan salah satu lokasi daripada empat siri dalam Kejohanan Mountainbiker Enduro Championship.
 
Siri seterusnya akan berlangsung di Mersing, Johor pada September dan akan menutup tirai di Jitra, Kedah pada Disember.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini