Geran RM10 juta di bawah Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia (CENDANA) melalui PENJANA tahun lepas, diluluskan sepenuhnya untuk membantu penggiat industri kreatif.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, setakat ini, RM5.54 juta telah disalurkan kepada 554 pekerja industri berkenaan.


Geran itu sebahagian daripada RM225juta yang diperuntukkan melalui MyCreative Ventures Group untuk meningkatkan daya tahan ekonomi kreatif.

Sementara itu, dana RM8 juta yang diperuntukkan untuk CENDANA di bawah PEMULIH pula sudah 82 peratus diluluskan.

Sebagai langkah berterusan memulihkan aktiviti industri kreatif, pelbagai inisiatif akan dipergiat.

Antaranya, memperuntukkan RM188 juta dibawah Bajet 2022, untuk meneruskan Dana Kandungan Digital, projek Kandungan Multimedia Digital, Insentif Filem dan Program Perkasa Modal Insan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini