Kementerian Komunikasi dan Multimedia KKMM memperuntuk RM38 juta bagi mengetengahkan lebih banyak filem tempatan menerusi platform over-the-top (OTT) seperti Netflix.
 
Timbalan menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, peruntukan di bawah Geran Dana Kandungan Digital, DKD terbahagi kepada dua, Dana Mikro Pengkarya dan Dana Program TV/OTT. Di bawah Dana Mikro Pengkarya, pembiayaan sehingga maksimum RM15,000 bagi tayangan di platform digital buat Penggiat industri profesional dan baharu.

Dana Program TV/OTT kerjasama Media Prima Berhad,  bertujuan meningkatkan kandungan kreatif tempatan dan tontonan di platform penyiar OTT Tonton Cinema (Media Prima Berhad) bertujuan menjana semula ekonomi industri kandungan kreatif jangka masa pendek melalui kerjasama dengan penyiar tempatan. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Kesavadas di Parlimen.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini