Gerhana bulan separa paling lama dalam abad ini dijangka akan berlaku pada Jumaat, 19 November ini.

Menurut Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), gerhana bulan itu akan berlaku selama tiga jam dan 28 minit. Jelas NASA, kebiasaannya, gerhana hanya akan berlangsung kurang dari dua jam.

Justeru, fenomena alam yang bakal berlaku pada Jumaat nanti disifatkan gerhana bulan paling lama. Bulan pada penghujung November ini juga dikenali dengan nama ‘frost moon’ atau ‘beaver moon’.

Ia bermaksud, gerhana bulan kali ini akan menjadi ‘blood moon’ separa, dengan warna kemerahan dapat dilihat pada permukaan bulan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini