Gerhana Bulan Separa dijangka berlaku dan dapat dilihat di Malaysia khususnya Negeri Kedah pada 17 Julai ini. Gerhana Bulan Separa itu dijangka bermula pukul 4.04 minit pagi sehingga 6.59 minit pagi manakala litupan maksima bayang bumi ke atas bulan berlaku pada pukul 5.30 pagi. Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Kedah berkata, umat Islam digalakkan untuk menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Separa tersebut. Mereka juga disaran untuk menunaikan Solat Sunat Gerhana dan melakukan pelbagai amalan-amalan sunat yang lain. ###

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini