Industri seni dikejutkan dengan pemergian penyanyi yang juga vokalis kumpulan Screen, Gmie kira-kira pukul 2.30 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Gmie atau nama sebenarnya Hajmi Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Medan Sijangkang, Selangor. Gmie menempa nama ketika awal kemunculan sekitar tahun 90-an dan popular dengan lagu “Bila Cinta Didusta” dan “Tak Suka Tak Apa”.

Terdahulu, nama Allahyarham kembali menjadi sebutan peminat muzik selepas menyertai program realiti pada 2016.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini