Bekas Juara Remaja Dunia, Goh Jin Wei akan meneruskan kariernya sebagai pemain profesional buat masa ini, meskipun telah menerima tawaran menyertai semula Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Sebelum ini, Jin Wei telah membuat keputusannya untuk keluar dari pasukan kebangsaan pada tahun lepas.

Pemain berusia 21 tahun dari Pulau Pinang itu berkata, dia terpaksa menolak tawaran BAM itu kerana tidak dapat menjanjikan komitmen 100 peratus disebabkan isu kesihatannya.

Pemenang pingat emas di Kejuaraan Dunia Remaja 2015 dan 2018 itu juga mengakui, dia enggan merampas peluang pemain lain yang lebih layak menyertai skuad kebangsaan pada masa ini.

Jin Wei juga menjelaskan dia akan berusaha untuk kembali ke tahap yang sebenar supaya benar-benar bersedia untuk berkhidmat kepada negara pada masa hadapan.

September tahun lepas, juara Sukan SEA 2017 itu mengejutkan arena badminton negara dengan mengumumkan persaraannya, selepas pulih daripada ususnya pada 2019.

Jin Wei bagaimanapun kembali ke gelanggang sebagai ‘pemain bebas’  di ‘Purple League Pro-Am 2021’ baru-baru ini dan  beraksi dalam acara wanita dan beregu campuran untuk Butterworth BC yang menduduki tempat kedua. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini