Pemain Golf Profesional, Gavin Green berjaya merangkul juara Trofi Piala Ahmad Sarji, cemerlang mengatasi pemain berpengalaman Danny Chia.

Gavin melakar kelebihan 1 pukulan pada hari terakhir perlawanan yang berlangsung di Kelab Saujana Golf & Country.

Trofi berkenaan merupakan Jelajah pertama Persatuan Golf Professional Malaysia, PGM dengan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM200,000

Saingan antara kedua-dua olimpian ini bermula dengan Chia lebih cemerlang melakar birdie selepas tee off.

Di pertengahan perlawanan, Green berjaya menyaingi Chia selepas berjaya mengumpul 71 di bawah par 13 manakala lawannya merekod 68 pukulan 4 di bawah par. Selaku juara Gavin meraih RM35,000 beserta trofi.

Pendahulu pusingan pertama, Shahrifuddin Ariffin merekod 69 pukulan 6 di bawah par berkongsi kedudukan ketiga bersama Kenneth De Silva yang melakar 70 pukulan.

Manakala, Zia Izzuddeen melakar 70 pukulan satu di bawah par untuk dianugerah amatur terbaik bersama pemain profesional Danial Faidz.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini