Golongan belia ketika ini disaran untuk mendekatkan diri dengan aktiviti sukarelawan.

Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS), Mohd Fairos Rosli berkata, melihat trend golongan belia yang cenderung ke arah penggunaan sosial media tanpa memerlukan hubungan dua hala secara bersemuka, menjadikan mereka pasif berbanding generasi terdahulu.

Justeru, MBNNS memainkan peranan dengan turun ke akar umbi mendekatkan diri lagi dengan golongan belia.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan di Sendayan.

Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk menghargai golongan belia di negeri itu yang telah menyumbang dalam memastikan perkembangan golongan belia.

Ia turut bagi memberi semangat dan meningkatkan kesedaran kepada golongan belia ketika negara dan dunia melanda Pandemik COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini