Polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan graduan kedoktoran menganggur yang mengadakan tunjuk perasaan di ibu kota ekonomi Ivory Coast semalam.

Lebih 50 orang ditangkap selepas polis bertindak terhadap kumpulan penunjuk perasaan di Abidjan.

Terdahulu, penunjuk perasaan terlibat mahu menyampaikan surat kepada Presiden Alassane Ouattara namun polis tidak memberi kebenaran demonstrasi diadakan.

Kementerian Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik pada Oktober mengumumkan keputusan untuk jawatan pembantu di universiti dan sekolah awam.

Namun tiada seorang pun daripada penunjuk perasaan terpilih dan mereka mahu kerajaan memperkenalkan dekri khas yang akan menjamin pengambilan mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini