Upacara adat keraton Ngayogyakarta Hadiningrat ini diadakan pada setiap 1 Syawal dan biasanya dilangsungkan di sekitar Alun-alun Utara Keraton Yogyakarta selepas solat sunat Aidilfitri.Tradisi Grebeg Syawal merupakan simbol sedekah dan sikap dermawan sultan kepada rakyatnya. Acara utamanya adalah pelepasan Gunungan Lanang yang kemudian direbut oleh masyarakat. Sebelum itu, Gunungan Lanang terlebih dahulu diarak dari Pagelaran Keraton Yogyakarta menuju halaman Masjid Agung Kauman untuk didoakan. Perarakan khas keraton ini menjadi daya tarikan tradisi dalam upacara Grebeg Syawal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini