Pihak berkuasa Greece mengadakan sekatan yang lebih ketat terhadap individu yang tidak divaksin.

Mereka yang tidak disuntik vaksin COVID-19, perlu melakukan ujian dua kali seminggu.

Menteri Kesihatan Thanos Plevris, menyatakan – Situasi pandemik COVID-19 di negara itu bertambah buruk sejak November lalu dengan lebih 7,100 kes baharu dilaporkan pada Rabu.

Semua orang yang tidak divaksinasi dikehendaki mengemukakan sijil negatif koronavirus apabila memasuki tempat awam yang tertutup.

Ia termasuklah bank, bangunan kerajaan serta restoran .

Sebelum ini , pelanggan dibenarkan makan di tempat terbuka walaupun mereka tidak disuntik vaksin dan tidak perlu menunjukkan laporan ujian negatif coronavirus.

Tetapi kini, para peniaga mesti menyemak sijil vaksinasi pelanggan sebelum menerima pesanan mereka.

Hampir 30 peratus penduduk dewasa di negara itu belum menerima vaksinasi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini