Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah lebih baik berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berikutan GST meluaskan asas cukai negara dan menawarkan lebih banyak hasil.

Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan Bank Dunia, Dr. Apurva Sanghi berkata lebih 170 negara di seluruh dunia telah melaksanakan beberapa cukai nilai tambah (VAT) atau sistem GST, sekali gus ia antara faktor mengapa GST adalah lebih berkesan berbanding SST.

GST juga kata beliau merupakan sistem yang regresif kerana ia berasaskan cukai terhadap penggunaan dan 60 peratus daripada ekonomi adalah bergantung kepada penggunaan.

Apurva menjelaskan, GST juga mempunyai kelemahan, antaranya menjejaskan isi rumah berpendapatan lebih rendah  sekiranya sistem cukai regresif berdasarkan penggunaan seperti GST, dilaksanakan.

Namun beliau berkata, kerajaan perlu meningkatkan perbelanjaan sasaran kepada mereka yang terkesan.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Laporan Bank Dunia, ‘Catching Up: Inclusive Recovery and Growth for Lagging States’ secara maya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini