Pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) mampu menstabilkan ekonomi negara dan kerajaan juga boleh mengusahakan program rasionalisasi subsidi bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah.

Setiausaha Agung Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Dr Mohd Fairuz A Razak berkata, kutipan hasil GST boleh dikembalikan kepada golongan B40 dan M40 dalam bentuk bantuan tunai rakyat yang jauh lebih besar, berbanding dengan nilai GST yang dibayar oleh rakyat.

Pengurangan kadar GST kepada tiga peratus adalah satu kadar terbaik ketika ini dan langkah efektif bagi menambah pendapatan negara dalam menangani kenaikan inflasi serta kos sara hidup rakyat. Jika dilaksana dengan betul, GST juga dilihat sebagai sistem percukaian yang lebih telus dan berkesan berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),

Beliau juga berpandangan bahawa kelemahan terdahulu seperti kredit cukai input yang lambat dipulangkan kepada peniaga perlu diperbaiki supaya pelaksanaan kali kedua lebih lancar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini