Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dilaksana tahun ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penelitian menyeluruh masih dijalankan berhubung sistem percukaian yang paling sesuai untuk negara, termasuk GST.

Menerusi Instagramnya, beliau memaklumkan, penelitian mengambilkira pandangan rakyat menerusi sesi libat urus.

Juga, keperluan menambahbaik sistem sedia ada.

Malah, sebarang sistem percukaian baharu, perlu diluluskan Parlimen terlebih dahulu.

Mengenai subsidi pula, Tengku Datuk Seri Zafrul berkata, kerajaan bercadang menambah baik pemberian subsidi menggunakan pendekatan lebih bersasar.

Ketika ini, RM15 bilion daripada RM30 bilion subsidi bahan api dimanfaatkan oleh golongan T20.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini