Guarana berpotensi menjadi tanaman alternatif kepada komoditi getah dan kelapa sawit.

Ketua Pegawai Eksekutif Cupana Trading (M) Sdn Bhd, Andrew Ling berkata, dengan prosedur penanaman yang mudah dan modal permulaan rendah, Guarana menawarkan pulangan yang lumayan.

Jelasnya, Guarana yang digunakan secara meluas dalam produk makanan kesihatan, mendapat permintaan tinggi di peringkat domestik dan antarabangsa.

Pihaknya turut menjalin kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menjalankan penyelidikan dan membangunkan produk pertanian lestari, selain memberi latihan kepada pekebun kecil yang berminat.

Beliau berkata demikian selepas pemeteraian Perjanjian Persefahaman antara Cupana Trading (M) Sdn Bhd dan Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini