Sistem Pilihanraya dan pemilihan pemimpin secara demokrasi yang diamalkan di negara ini, memberi peluang sama rata kepada sesiapa sahaja yang bertanding. 

Justeru, pengundi di kawasan DUN Senadin perlu menggunakan hak mereka dengan bijak memilih barisan kepimpinan pada 18 Disember ini.

Bagi calon GPS DUN Senadin, Datuk Seri Lee Kim Shin, tumpuan dan manifesto adalah bagi meneruskan segala perancangan pembangunan di Senadin dan Miri.

DUN Senadin menyaksikan saingan lima penjuru melibatkan GPS, DAP, Parti Bansa Dayak Sarawak Baru, Parti Bumi Kenyalang dan Parti Sarawak Bersatu.

Sementara itu, tinjauan perang poster di sekitar Senadin, Pujut dan Piasau juga meriah dengan kibaran bendera parti dan poster calon di sepanjang jalan raya.

Suasana berkempen di tiga kawasan ini juga mematuhi SOP dan ketetapan SPR.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini