Gunung berapi Bulusan di wilayah Sorsogon, Filipina, sekali lagi meletus dan memuntahkan debu. Fenomena alam itu berlaku hanya seminggu selepas insiden sama terjadi yang memaksa pihak berkuasa meningkatkan paras amaran kepada tahap satu dan memindahkan penduduk.

Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina memaklumkan, letusan itu berlaku selama 18 minit berdasarkan rekod seismik, namun tidak kelihatan dalam monitor kamera. Sebelum ini pada 5 Jun, pihak berkuasa telah memindahkan lebih 200 penduduk yang tinggal berhampiran selepas ia mengeluarkan kepulan asap setinggi satu kilometer. 

Tahap amaran gunung berapi itu kekal satu pada skala lima, bermakna gunung berapi itu masih berbahaya.

Institut itu menggesa orang ramai supaya menjauhi zon bahaya sepanjang empat kilometer dan menasihatkan juruterbang supaya tidak melakukan penerbangan dekat dengan puncak gunung berapi.

Gunung berapi Bulusan merupakan satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina. Pada Januari 2018, gunung berapi itu memuntahkan abu setinggi kira-kira 2.5 kilometer.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini