Gunung berapi La Palma meletus lagi.

Kali ini laharnya mengalir hingga ke laut dan berisiko melepaskan gas toksik.

Kejadian ini memaksa Pelan Kecemasan Gunung Berapi Kepulauan Canary mengeluarkan arahan perintah berkurung kepada kira-kira 3 ribu penduduk pulau itu.

Ini merupakan kali ketiga aliran lava telah sampai ke Lautan Atlantik sejak gunung berapi Cumbre Vieja di selatan pulau itu meletus pada 19 September.

Semua penerbangan di lapangan terbang La Palma telah dibatalkan.

Dan buat pertama kali sejak letusan bermula, pihak berkuasa tempatan menasihatkan penduduk ibu kota La Palma, untuk menggunakan topeng muka FFP2 dengan penapisan yang tinggi bagi melindungi diri mereka daripada pelepasan dioksida dan sulfur.

Lava telah mengalir ke 1,065 hektar kawasan dan memusnahkan hampir 1,500 bangunan.

Antara yang musnah adalah sekolah, gereja, pusat kesihatan dan infrastruktur pengairan, serta ratusan rumah.

Kerosakan setakat Jumaat lalu dianggarkan hampir EUR 900 juta. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini