Gunung berapi yang meletus di kepulauan La Palma Sepanyol terus mengeluarkan lahar dan abu hitam pada Rabu selepas teras dalamannya runtuh malam sebelumnya.

Letusan kuat dan kemunculan lahar baru, menyebabkan tanah runtuh dan mengancam penempatan penduduk.

Presiden Kepulauan Canary, Ángel Victor Torres, menyifatkan letusan lahar La Palma itu adalah paling teruk pernah dialami oleh Kesatuan Eropah sejak 100 tahun lalu”.

Saintis pula berkata gunung berapi Cumbre Vieja sangat aktif ketika ini dan letusan boleh berterusan sehingga tiga bulan lagi.

Sehingga kini kira-kira 7,500 penduduk diarah berpindah sejak ia mula meletus sebulan lalu.

Perkhidmatan Pentadbiran Kecemasan Copernicus Kesatuan Eropah menganggar aliran lahar daripada gunung berapi tersebut telah meliputi 908 hektar di pulau berkenaan serta menyebabkan kemusnahan kepada sekurang-kurangnya 2,162 bangunan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini