Gunung Merapi di daerah Jawa Tengah, Indonesia dilapor memuntahkan abu panas tebal setinggi 2,000 meter ke arah barat daya negara itu.

Letusan dikesan pada pukul 10.18-minit pagi semalam waktu Indonesia Barat. Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Bencana Geologi Indonesia, Hanik Humaida berkata, letusan berlaku pada amplitud 27 milimeter dan selama 158 saat.

Dalam pemerhatian antara 12 tengah malam hingga 6 pagi tadi, gunung berapi yang dikategorikan sebagai aktif itu mengeluarkan lahar panas sebanyak tiga kali dengan longsoran maksimum 1,000 meter ke arah barat daya. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini