Susulan letusan Gunung berapi Semeru di Indonesia.

Letusan dua kali semalam dengan menyemburkan awan abu ke langit diikuti aliran lava yang menyebabkan ratusan penyelamat melarikan diri dalam keadaan panik.

Ia telah mengorbankan sekurang-kurangnya 48 orang dan menyebabkan lebih 20 yang hilang.

Jelas penyelamat, Saiful Hasan, hujan telah mempercepatkan aliran lahar ke kampung.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan serta-merta, kerana penduduk kampung telah dipindahkan lebih awal.

Operasi pencarian mangsa akan dilanjutkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini