Kejayaan seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Ave Maria Convent Ipoh, V. Komathy yang berjaya meraih anugerah antarabangsa The Global Teacher Award 2021 begitu membanggkan negara. Pencapaian yang amat membanggakan itu turut mendapat perhatian Menteri Besar Perak,  Datuk Saarani Mohamad, menerusi hantaran di Facebook beliau.

V Komathy, 38 tahun, yang merupakan Guru Cemerlang Kimia menerima pengiktirafan itu pada majlis The Global Teacher Award 2021 yang dianjurkan secara maya.

Beliau  terpilih daripada lebih 26,000 guru cemerlang seluruh dunia merangkul anugerah tersebut hasil usaha keras, pengorbanan dan keikhlasan beliau menabur bakti sebagai guru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini