Guru Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang enggan atau masih belum menerima vaksin berkemungkinan tidak dibenarkan untuk mengajar secara bersemuka. Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata sebelum sebarang keputusan di buat pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan selain merujuk Kementerian Kesihatan terlebih dahulu.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan pada Majlis Bantuan Musa’adah Banjir di Dewan Orang Ramai, Kampung Matang Gelugor, Matang.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin memaklumkan, guru yang enggan atau masih belum menerima vaksin, tidak dibenarkan terlibat dalam sesi pengajaran atau berinteraksi dengan pelajar. Ia bertujuan memastikan sesi persekolahan yang akan dibuka nanti adalah selamat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini