Guru dan pelajar antara yang cukup terkesan dari aspek fizikal dan mental sepanjang pandemik.
 
Namun terdapat kaedah untuk mengatasi perkara berkenaan ketika sesi pembelajaran bersemuka mahupun secara dalam talian. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran, antara yang boleh diguna pakai adalah kaedah penyampaian dengan penampilan yang baik untuk meningkatkan motivasi ketika pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dilaksana.

Bagi pembelajaran di dalam bilik darjah, guru boleh melakukan kaedah sentuhan dan ekspresi muka yang bersesuaian.

Tambah beliau, jika guru dan juga pelajar mengalami tekanan emosi, boleh terus berhubung dengan kaunselor di sekolah ataupun di agensi kerajaan untuk mendapatkan nasihat psikologi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini