Projek Terminal E-Dagang fasa 1 Bukit Kayu Hitam bakal membuka lembaran baharu untuk rakyat negeri Kedah memandangkan ia adalah yang pertama di Malaysia secara mod jalan darat.
 
Pembangunannya sejajar dengan matlamat kerajaan negeri bagi membangunkan Bukit Kayu Hitam sebagai Zon Sempadan Ekonomi Khas.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pelaburannya dianggarkan berjumlah hampir RM1 billion yang dapat menjadikan Bukit Kayu Hitam sebagai pusat e-dagang antarabangsa.
 
Fasa satu dijangka bermula minggu hadapan dan fasa kedua akan bermula secepat mungkin.
 
Jangkaan untuk menyiapkan kesemua fasa adalah lima tahun.
 
Beliau berucap merasmikan Projek Terminal E-Dagang KT Express Logistics Sdn Bhd di Bukit Kayu Hitam.
 
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Sri Mustapa Mohamed.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini