Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (Pindaan) 2021 bagi menurunkan had umur seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada 21 kepada 18 tahun.

Pindaan Fasal 16 Bahagian 2, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 itu diluluskan selepas dibahas dua wakil ADUN kerajaan dan dua pembangkang. 

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berharap pindaan tersebut akan menjadikan demokrasi di Johor lebih sihat dan progresif, terutama melibatkan golongan muda. 

Dengan perkembangan berkenaan, Johor menyertai jejak Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, membenarkan pindaan ke atas Undang-Undang Tubuh Kerajaan bagi menurunkan umur calon ADUN daripada 21 tahun ke 18 tahun. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini