Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata had umur persaraan wajib penjawat awam kekal 60 tahun memandangkan negara memiliki jumlah graduan yang ramai, untuk mengisi perjawatan di sektor awam.Kerajaan juga perlu mengekalkan keputusan berhubung perkara itu, memandangkan ia telah pun dimuktamadkan Mac lalu.Datuk Seri Dr.Ismail menjelaskannya pada Majlis Perasmian Sambutan Ulangtahun Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) ke 60 di Bukit Kiara.Cadangan melanjutkan had umur bersara itu dilontar Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini