Kekuatan anggota tentera darat disesebuah negara tidak akan pernah mencukupi untuk menjaga dan mempertahankan setiap inci tanah air sesebuah negara.

Kekuatan ketenteraan sesebuah negara dapat dibuktikan dengan membandingkan kekuatan angkatan tetap dengan pasukan simpanannya. 

Titah perutusan Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, sesebuah angkatan simpanan amat perlu diperkukuh, diberi latihan serta disiplin secukupnya bagi menampung kekurangan anggota tetap ini. 

Dengan wujudnya Rejimen Askar Wataniah di setiap negeri adalah untuk melengkapkan rakyat dengan segala persiapan awal mengenai ilmu serta selok belok pertahanan bagi mengimbangi kekuatan anggota tentera tetap dan bersedia pada bila-bila masa menghadapi sebarang cabaran yang mendatang. 

Demikian titah baginda sempena ‘Hari Tentera Darat Ke-89’ yang disambut pada 1 Mac 2022 dengan slogan “Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin”.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini