Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah enggan mengulas isu penggugurannya daripada pasukan Red Bull KTM Tech3.
Tegasnya, dia perlu menghormati kontrak bersama pasukannya itu dan bertekad untuk terus memburu mata dalam kelas perdana tersebut Hafizh hilang tempat musim depan selepas pelumba Moto2 dari Afrika Selatan, Brad Binder menggantikan posisinya.Ia susulan prestasi Hafizh yang dilihat tidak konsisten pada musim ini selepas pasukannya beralih kepada jentera KTM, berbanding penampilan cemerlangnya pada musim lepas ketika pasukan itu masih menggunakan jentera Yamaha.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini