Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah bakal membuat penampilan sulung pada Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) bersama pasukan Mie Racing Honda bermula musim depan.

Perkembangan itu sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depannya dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Hafizh sebelum ini memberi bayangan akan meninggalkan saingan berprestij berkenaan pada penghujung musim 2021.

Hafizh yang diberi jolokan ‘El Pescao’ kini berada di Sepanyol untuk menamatkan baki perlumbaan  Moto2 bersama pasukan NTS RW Racing GP, pada saingan Grand Prix (GP) Valencia di Litar Ricardo Tormo esok.

Penghijrahan itu juga menyaksikan pelumba berasal dari Ampang itu menamatkan perjalanan karier selama lapan musim dalam saingan MotoGP, termasuk dua musim bersaing untuk kelas perdana pada 2018 dan 2019, sejak menjadi pelumba sepenuh masa pada 2014.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini