Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesan banyak akaun palsu dan nombor telefon mengelirukan yang mendakwa menyediakan perkhidmatan haji.

Justeru para jemaah dan masyarakat dinasihat sentiasa berhati-hati bagi mengelak daripada menjadi mangsa sindiket.

Kementerian mengingatkan warganya dan ekspatriat yang berada di Arab Saudi yang ingin menunaikan haji tahun ini supaya memohon dan mendaftar hanya melalui aplikasi Eatmarna.

Orang ramai disaran membuat laporan sekiranya mengesan mana-mana pejabat, syarikat atau individu yang mendakwa menawarkan permit mengerjakan haji tahun ini di luar kerangka portal rasmi itu.

Ketika ini, hanya aplikasi berkenaan menjadi portal elektronik untuk jemaah haji domestik menempah perkhidmatan jemaah haji.

Sebelum ini, kementerian memaklumkan pendaftaran haji melalui aplikasi Eatmarna akan diteruskan sehingga 12 Jun dan keputusan saringan akan diumumkan selepas tarikh akhir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini