Hak keistimewaan bumiputera tidak akan terjejas sekiranya kerajaan meratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Tegas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, hak keistimewaan Bumiputera merupakan salah satu tunjang Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, kerajaan tidak akan berkompromi dalam mempertahankan dasar tersebut di dalam mana-mana perjanjian antarabangsa.

Bagi Perolehan Kerajaan, Perjanjian CPTPP telah memberikan kelonggaran dan fleksibiliti yang membolehkan Kerajaan terus membantu membangunkan syarikat-syarikat tempatan dan Bumiputera.

Antaranya, kerajaan dibenar untuk memperuntukkan sehingga 30 peratus daripada nilai kontrak perolehan kepada kontraktor Bumiputera. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini