Pelumba muda negara, Hakim Danish melakar sejarah tersendiri apabila bakal membuat penampilan istimewa pada pusingan 4 Kejohanan Motosikal Coppa Italia yang bakal berlangsung di Itali, hari ini.

Menurut Zulfahmi Khairuddin selaku pengurus pasukan SIC Racing, Hakim dijemput pihak penganjur Ohvale Coppa Italia berdasarkan prestasi cemerlangnya dalam Asia Talent Cup (ATC) dan Kejohanan FIM CEV Repsol.

Menurut Zulfahmi, Hakim yang sedang meningkat naik di Eropah, merupakan pelumba muda yang berdisiplin dan mempunyai auranya tersendiri.

Pelumba berusia 14 tahun kelahiran Kuala Terengganu itu akan menggunakan jentera Ohvale GP-2 dengan nombor 13.

Untuk rekod, Hakim merupakan juara edisi pertama kejohanan SIC MiniGP bagi kategori 160cc, tahun lepas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini