Tempoh persiapan singkat dan faktor kekurangan litar yang sesuai di Malaysia dilihat menjejaskan persiapan pelumba motocross negara, Muhammad Hakimi Iroly dalam menghadapi Kejuaraan Motocross Grand Prix Dunia, MXGP di Indonesia pada 24 hingga 26 Jun ini.

Meskipun berdepan pelbagai kekangan, Hakimi tetap enggan mengalah.

Sebaliknya pelumba berusia 19 tahun itu berazam memberi aksi terbaiknya dalam penyertaan sulung di kejohanan itu sebagai peserta ‘wildcard’.

Sementara itu Pengurus ALS Motorsports, Nur Liyana Fazlien Sha’are yakin, program latihan yang disediakan jurulatih dari Indonesia mampu mempersiapkan pelumbanya menghadapi tempoh perlumbaan yang lebih panjang.

Dalam kejohanan itu nanti, Hakimi dan dua lagi pelumba L. Dharwin dan T. Pathipat akan bersaing dalam kelas MX2.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini