Hamas menyambut baik pendirian The World Council of Churches berhubung pencabulan Israel di Palestin .

Menerusi satu kenyataan, Hamas menyifatkan pendirian tersebut adalah bukti baharu mengenai jenayah dan pencabulan yang dilakukan Israel terhadap tanah, rakyat dan tempat suci umat Islam Palestin.

The World Council of Churches semalam mengeluarkan kenyataan menuduh Israel mengamalkan sikap diskriminasi terhadap rakyat Palestin secara terang-terangan dan sistematik.

Kenyataan itu menzahirkan “kebimbangan mendalam” terhadap situasi yang semakin merosot ekoran keputusan mahkamah Israel yang membenarkan penceroboh Pintu Jaffa di Kota Lama Baitulmaqdis Timur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini