Pelawak legenda, Hamid Gurkha menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.19 petang tadi. Allahyarham menderita sakit tibi dan mengalami beberapa komplikasi lain.

Menurut anaknya, Nor Ashita Hamid, pemilik nama sebenar Abdul Hamid Abdul Rahman itu meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada usia 90 tahun. Minggu lalu Allahyarham dilapor berada dalam keadaan stabil dan terkawal selepas dirawat di hospital selepas mengalami batuk teruk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini