Pemandu Britain, Lewis Hamilton muncul juara sulung Grand Prix Qatar, sekali gus memberi tekanan kepada pendahulu kejuaraan dunia, Max Verstappen dari pasukan Red Bull.

Kemenangan di litar Losail itu menyaksikan Hamilton yang mewakili pasukan Mercedes kini hanya ketinggalan 8 mata di belakang Verstappen.

Juara dunia tujuh kali itu memimpin perlumbaan sejak awal saingan sehingga ke garisan penamat, memaksa Verstappen akur di tempat kedua.Fernando Alonso dari pasukan Alpine pula menduduki tempat ketiga.

Kejuaraan dunia musim ini berbaki dua lagi pusingan dan pertarungan untuk merebut gelaran pemandu dunia kini tampak seperti akan berlangsung hingga ke perlumbaan terakhir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini