Lebih 99 peratus kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah lengkap vaksinasi COVID-19. Timbalan Pengarah Pengurusan JPJ, Aminurrahim Mohamed menyarankan kakitangannya yang berisiko tinggi atau mudah terkena jangkitan, mengambil dos penggalak bagi melindungi diri semasa bertugas.

Jelasnya, sehingga kini 560 kes jangkitan COVID-19 melibatkan kakitangan JPJ dan Empat kematian direkodkan. Lebih 50 peratus adalah jangkitan ketika bekerja termasuk kontak rapat dengan pelanggan di kaunter dan ketika bertugas dalam operasi penguatkuasaan.
 
Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan menerusi Badan Khairat Kematian JPJ Malaysia (BAQA) kepada waris Arwahyarhamah Siti Saraf Ismail, Kakitangan JPJ yang meninggal disebabkan pendarahan di dalam otak sehari selepas majlis perkahwinan beliau.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini