Hampir 50,000 pelatih sedang mengikuti pengajian di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) setakat 31 Mac lepas.

Menteri, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu, angka itu dijangka akan terus meningkat sejajar dengan tahap kebolehpasaran pelatih yang kini berada pada 87.53 peratus.

Justeru, penganjuran Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 atau Ekspo TVET@KPLB 2022, merupakan platform promosi secara tahunan program TVET yang ditawarkan pelbagai agensi dan jabatan dibawah KPLB bagi menarik minat, seterusnya meningkatkan pengambilan dan kemasukan pelajar baharu.

KPLB akan berusaha memastikan kebolehpasaran pelatih dan kualiti kursus yang ditawarkan ditingkatkan dengan mengenal pasti kemahiran yang benar-benar boleh dipadankan dengan industri.

Masyarakat juga kata Menteri perlu mengubah pandangan mengenai TVET yang kononnya dianggap sebagai laluan bagi pelajar yang gagal meneruskan pengajian mengikut laluan akademik.

Ekspo sehingga Sabtu ini yang berlangsung di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah.  melibatkan penyertaan dan kerjasama 280 Institusi Pendidikan TVET@KPLB di bawah tujuh agensi utama KPLB antaranya Jabatan Kemajuan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Majlis Amanah Rakyat dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini